Tuesday, May 12, 2020

PENGALAMAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA DI PONTIAN


    
    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang sedang membaca Blog pertama daripada saya ini. Dalam kehidupan kita pada hari ini, setiap manusia pasti menyimpan hasrat untuk melancong ke beberapa tempat yang menjadi idaman. Banyak tempat yang menjanjikan keindahan yang begitu cantik dan indah di dunia ini. Malangnya, kebanyakkan tempat tersebut memerlukan wang yang banyak kerana memerlukan kita untuk menaiki kapal terbang, tempat penginapan yang mewah serta hidangan yang boleh membuatkan kita keluar dengan membawa dompet yang kosong. Tetapi itu hanyalah nafsu semata-mata.


        Tetapi jika anda seorang yang berjimat-cermat, pasti anda akan memilih "budget travel". Ini akan lebih memudahkan anda kerana tidak perlu membawa wang yang banyak dan dapat menyimpan saki baki duit itu untuk digunakan untuk tujuan yang lain. Percutian di Malaysia juga amat digalakkan. Ini kerana kita dapat meningkatkan lagi ekonomi di Malaysia dan dapat menarik lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia.


        Pada bulan Desember yang lalu iaitu pada tarikh 9 Disember 2019, saya dan beberapa rakan yang lain telah melancong ke beberapa tempat yang menarik di daerah kelahiran saya sendiri iaitu Pontian, Johor.           








  7 Disember 2019

   Dalam melakukan sesuatu tindakan, kita mesti melakukan perancangan yang rapi. Jika perancangan yang kita itu rapi, pasti perjalanan kita akan berjalan dengan lancar. 

       Pada tarikh tersebut, kami mula melakukan perancangan dahulu untuk memilih tempat yang mana telah berjaya menarik perhatian kami. Kami mahu destinasi yang tidak jauh daripada kediaman kami. Jadi tanpa membuang masa, kami semua pun bersetuju memilih Tepi Laut, Pontian atau lebih dikenali sebagai "Seaside". Kawasannya agak strategik kerana terdapat masjid yang berdekatan, pelbagai makanan dan minuman serta keindahan matahati terbenam.


  9 Disember 2019   (3.00 Petang)
          
        Tibalah hari yang dinanti-nantikan            oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Tarikh ini merupakan tarikh dimana kami dapat bertemu dan berkumpul semula setelah hampir setahun tidak berjumpa. Pada jam 3.00 p.m, saya telah menempah dahulu grab untuk datang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bungi dan terus ke Dewan Jubli Intan, Pontian yang berdekatan dengan "Seaside". 

       Setelah saya bersiap, saya pun terus pergi ke tempat dimana kami mahu berkumpul dahulu sebelum Grab tiba untuk mengambil kami. Kami berbual dahulu dan menceritakan pelbagai pengalaman di sekolah baharu.








                                                     Harga tambang menaiki Grab.


                                                  Keadaan di "Seaside" semasa petang.




  (4.00 Petang)

         Setelah hampir setengah jam kami berbual, Grab pun datang untuk mengambil kami. Ketika dalam perjalanan, pemandu Grab itu melayan kami dengan baik dan ramah. Dia banyak bertanyakan kami soalan. 
  





                                 


    (4.15 Petang) 

        Kami pun tiba di Dewan Jubli Intan, Pontian yang berhadapan dengan "Seaside". Saya pun membayar harga tambang yang berjumlah RM14.00. Selepas itu, kami terus menuju ke lokasi pertama kami iaitu Laman Diraja Pontian. Kawasan itu sangat menarik kerana menjanjikan pemandangan yang menenangkan. Saya amat menggalakkan untuk anda datamg ke sini. 




           Untuk pengetahuan anda, Laman Diraja ini telah dirasmikan pada hari Selasa, 7 April 2015 bersamaan dengan 17 Jamadil Akhir 1436H. Laman diraja yang berkeluasan 50, 000 kaki persegi ini sangat menarik pada waktu malam kerana mahkota tersebut dapat dihiasi dengan cahaya yang sangat indah. Selain itu, Laman Diraja ini juga boleh digunakan untuk aktiviti riadah dan majlis kemasyarakatan. 














                                   





  (6.00 Petang) 

             Setelah kami penat mengambil gambar di Laman Diraja tersebut, tanpa kami membuang masa, kami terus bergerak ke Masjid untuk menunaikan Solat Fardu Asar. Walaupun kita melancong, tetapi jangan lupa menunaikan solat kerana solat merupakan perkara wajib yang perlu kita lakukan dahulu. Kawasan di luar masjid sangat indah kerana dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan kolam ikan yang sangat menenangkan. 




         Reka bentuk Masjid Jamek Pontian tersebut sangat klasik dan lama. Ini sangat menarik kerana jarang untuk kita melihat masjid yang masih mengekalkan adat melayu dan dijaga dengan rapi. Seperti yang lama dikelek, yang baharu didukung. Selepas selesai menunaikan Solat Asar, kami rehat dahulu di masjid sehingga menunggu waktu maghrib. Selesai Solat Maghrib secara berjemaah, kami pun terus bergerak ke destinasi yang setetusnya. 














                                         



     (8.00 Malam) 

      Setelah kami keluar daripada kawasan masjid, kami terus bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Pasar Lambak. Kami melalui kawasan di sepanjang laluan joging yang berada di Padang Pontian. Dari situ kami dapat melihat keindahan malam di sekitar "Seaside" dengan dihiasi beratus lampu yang terdapat disekitar bangunan, air pancut dan pokok-pokok di sekitarnya. 

      Kami sempat mengambil gambar yang sangat menarik. 













    (8.30 Malam) 

      Lokasi terakhir kami adalah di Pasar Lambak. Tempat ini sangat popular dikalangan penduduk di Pontian kerana di sini, terdapat banyak makanan dan minuman yang sangat lazat dan menyelerakan dijual disini. Contohnya murtabak, apam balik, ayam percik, mi goreng  dan kuih muih. 




           Selain itu, terdapat juga jualan keperluam harian seperti baju, seluar, dompet, stokin, selipar, kasut dan mainan untuk kanak-kanak. Pasar lambak ini dibuka pada setiap hari Isnin dan Jumaat dari petang hingga ke malam






     
        Jika anda datang disini, pasti ada barang dan makanan yang akan dibawa balik ke rumah. 







                                     

_________________________________________________________________________________

          Berdasarkan perjalanan yang saya telah buat ini, kita dapat melihat betapa besarnya usaha pihak kerajaan untuk memastikan sesuatu tempat tersebut dijaga dan untuk memastikan semakin ramai lagi pelancong datang ke Malaysia. Ini akan membuatkan lagi ekonomi di Malaysia semakin meningkat. Kita pula sebagai rakyat Malaysia perlulah memastikan kita kebersihan sesuatu tempat itu dijaga daripada sampah-sarap. Jika amalan ini dapat dipraktikkan daripada awal lagi, pasti amalan membuang sampah di luar tong sampah dapat dibendung. 

           Apakah yang boleh kita lakukan untuk melestarikan dan mengekalkan lagi budaya dan adat yang terdapat di Malaysia? Dengan cara tidak melupakan budaya dan adat tersebut serta menghormati budaya serta adat daripada bangsa yang lain. Seperti yang boleh kita lihat, di Masjid Jamek Pontian, mereka masih mengekalkan reka bentuk masjid tersebut dari dahulu lagi dan hanya menambahkan beberapa kemudahan seperti tandas dan pejabat yang lebih selesa. 

           Adakah masyarakat kita pada zaman ini semakin melupakan makanan-makanan tradisional kita ataupun mereka lebih meminati makanan-makanan yang dijual di negara-negara yang maju seperti Jepun, Korea Selatan dan negara-negara di Eropah? Jawapannya tidak sama sekali. Mungkin contoh yang boleh kita lihat ramai orang yang berpusu-pusu masuk ke Pasar Lambak untuk membeli makanan-makanan yang kebanyakkannya daripada bangsa Melayu sendiri. 


          Kesimpulan daripada blog yang saya tulis ini ialah walaupun negara yang jauh lebih maju berbanding Malaysia yang kita lebih menarik untuk melancong ke sana, tetapi saya lebih menggalakkan anda untuk melawat dan melancong di tempat-tempat yang menarik di Malaysia sebelum melancong ke luar negara. Ini dapat membantu negara kita untuk meningkatkan lagi ekonomi dan terus menjadi negara yang maju. Kata orang hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri.  Sekian, terima kasih! 






            

52 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik !

    ReplyDelete
  2. Wah,menarik sungguh blog anda!Saya amat menyukainya.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete
  3. Wah!Blog anda sungguh menarik dan kreatif dan bermanfaat.Tahniah kerana telah berjaya membuat blog sehebat ini.

    ReplyDelete
  4. Wahh!!menariknya blog yang anda hasilkan������..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh!! Blog anda sangat menarik, terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  7. blog anda membuatkan saya teringin sangat menjejaki tanah penghujung benua asia tersebut. saya akan membawa kucing saya bersama:)

    ReplyDelete
  8. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog untuk memacu industri pelancongan negara.

    ReplyDelete
  9. blog awak sungguh cantik.Awak telah membuatkan saya tertarik untuk membaca blog awak.Tambahan pula perkongsian awak juga menarik.

    ReplyDelete
  10. Wahh!Sudah lama tidak ke Pontian sejak PKP dilaksanakan.Rindu didada untuk ke Pontian bukan kepalang.Seronok sungguh saya membaca perkongsian kamu!

    ReplyDelete
  11. Tuan-tuan dan puan-puan,inilah dia hasil nukilan daripada saudara Zarul kita!!Walaupun jasad saya bertempat di daerah pontian,saya tidak berpeluang meneroka daerah kecil ini,SYABAS!!😇😇

    ReplyDelete
  12. wah sungguhpun Pontian hanyalah bandar kecil tetapi ianya tidak ketinggalan dari segi tarikannya yang tersendiri. Biarpun tidak seberapa namun tetap dapat mengiburkan diri bersama rakan-rakan. Syabas!

    ReplyDelete
  13. Walaupun saya bersekolah di Pontian, saya tidak berpeluang untuk menerokai tarikan-tarikan yang terdapat di daerah itu. Syabas, Zarul kerana anda berjaya kongsikan sebuah blog yang penuh dengan maklumat mengenai tarikan di situ. Syabas Zarul!

    ReplyDelete
  14. wah! Nampaknya si penulis adalah seorang yang berjimat cermat dan tidak suka bazirkan wangnya pada sesuatu yang tiada kepentingannya kerana dia dapat merancang perjalanan percutiannya mengikut kemampuannya sendiri.

    ReplyDelete
  15. Walaupun sekolah saya berada berdekatan dengan daerah Pontian, tetapi saya hanya pergi ke Pontian untuk membeli barang yang diperlukan sahaja kemudian pulang semula ke sekolah. Saya tidak pernah lagi mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar situ kerana masa selalu sangat suntuk. Jika saya berpeluang pada masa hadapan, saya pasti akan berjalan-jalan di sekitar situ dan melihat keindahan apa yang ada di situ. Terima kasih atas informasi yang saudara nyatakan dalam blog. Penulisan blog yang ringkas dan kemas. Tahniah kerana dapat menghasilkan blog yang bagus dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman saudara di Pontian kepada saya.

    ReplyDelete
  16. Penulisan blog saudara Zarul amat menarik kerana banyak gambar dan ayat yang digunakan amat gramatis! Saya yakin ramai pelancong akan tertarik dengan tempat yang dilawati.

    ReplyDelete
  17. Perkongsian saudara Zarul sangat menarik untuk lawati serta pemandangan di sana juga sangat cantik . Penggunaan dan penyusunan ayat gramatis sangat teratur mudah di fahami . Terima kasih atas perkongsian anda .

    ReplyDelete
  18. Wah blog anda sangat menarik kerana mempunyai unsur tradisional yang terdapat di Pontian. Selain itu, blog anda juga mengandungi ayat gramatis dan blog yang sangat menarik minat saya.

    ReplyDelete
  19. Wah saya sangat teruja membaca blog kamu.Saya harap saya dapat pergi bercuti disana bersama keluarga.

    ReplyDelete
  20. Blog yang amat menarik ! Saya amat teruja untuk ke sana juga satu hari nanti. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  21. Tahniah Zarul. Penerangan yang jelas. Mudah difahami. Teruskan usaha anak muda.💪

    ReplyDelete
  22. Wah, sungguh menarik tempat yang anda pergi semasa cuti sekolah! Terima kasih atas perkongsian anda :)

    ReplyDelete
  23. Perkongsian yang menarik. Penulisan blog yang bagus dan terperinci. Tahniah dan teruskan usaha Zarul.

    ReplyDelete
  24. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Penerangan yang jelas dan mudah difahami. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  25. Blog yang ringkas dan mudah difahami.Isi yang pelbagai dan menarik.Penerangan yang padat dan tepat.Aktiviti yang pelbagai dan seronok.Saya berharap untuk mempunyai pengalaman seperti anda.

    ReplyDelete
  26. Pengalaman yang ringkas tetapi penerangan yang sangat jelas. Tahniah kerana berjaya menyiapkan blog yang menarik ini.

    ReplyDelete
  27. Wah! Menarik Sunggih pengalaman anda died Pontian. Tempat yang menarik sekali melalui gambar dalam blog ini. Penulisan blog yang kreatif dan maklumat yang boleh digunakan untuk ke pontian.👍🏻

    ReplyDelete
  28. Percutian yang Bagus Zarul! Anda memanfaatkan cuti anda dengan melancong di negeri kelahiran sendiri dan tidak memerlukan duit yang banyak. Bagus!

    ReplyDelete
  29. Perkongsian yang menarik! Saya amat tertarik dengan destinasi ini setelah menonton video travelog kamu. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat - maklumat yang berguna. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  30. perkongsian yang sungguh menarik ya Zarul ! saya amat tertarik dengan destinasi yang anda kunjungi seperti saya ingin ke sana pada suatu hari nanti

    ReplyDelete
  31. Wah! Menarik Sunggih pengalaman anda died Pontian.Penulisan blog yang kreatif dan maklumat yang boleh digunakan untuk ke pontian.👍🏻

    ReplyDelete
  32. Wah!blog yang menarik.Anda dapat memperkenalkan saya tentang tempat yang menarik di Pontian,Terima kasih.

    ReplyDelete
  33. Wah!blog yang menarik.Anda dapat memperkenalkan saya tentang tempat yang menarik di Pontian,Terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Wah! blog yang sangat menarik.Kini saya lebih mengetahui keindahan yang terdapat di Pontian.Terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete
  35. Wah! Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Pontian. Terima kasih kepada saudara Zarul kerana berkongsi blog ini. Teruskan usaha anda.:)

    ReplyDelete
  36. Menariknya percutian anda. Sudah tentu anda bergembira di sana.Terima kasih kerana sudi bercerita tentang pengalaman anda di sana.

    ReplyDelete
  37. Wah,menarik sungguh blog anda!Saya amat menyukainya.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete
  38. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  39. Blog ini sangat menarik kerana kandungan penulisan dan gambar yang sangat terperinci. Saya tidak berkesempatan untuk menjelajah seluruh kawasan pontian seperti anda. Saya harap saya akan berpeluang untuk bercuti di sana pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  40. Blog ini sangatlah menarik untuk dibaca. Blog ini juga mempunyai info yang menarik dan berguna untuk para pembaca untuk digunakan

    ReplyDelete
  41. Tidak sangka Pontian mempunyai tempat-tempat yang menarik seperti ini. terima kasih atas perkongsian anda Zarul

    ReplyDelete
  42. Wah!Blog anda sungguh menarik. Anda dapat memperkenalkan saya tentang tempat yang menarik di Pontian,Terima kasih buat anda!

    ReplyDelete
  43. Banyaknya tempat tempat menarik yabg saya boleh kunjungi di Pontian. Perkongsian saudara tentang budget travel telah membuka mata saya untuk cuba mengira bajet yang saya perlukan sebelum melancong.

    ReplyDelete
  44. Wah, terima kasih, Zarul! Kini saya sudah banyak tempat yang amat menyeronokkan untuk saya lawati di Pontian. Maklumlah sudah hampir 3 tahun saya bersekolah di Pontian, saya tidak pernah tahu ada tempat menarik seperti itu di Pontian. 😍

    ReplyDelete
  45. sungguh menarik sekali blog anda , saya tidak sangka banyak tempat menarik di pontian

    ReplyDelete
  46. Wah, terima kasih, Zarul! Kini saya sudah banyak tempat yang amat menyeronokkan untuk saya lawati di Pontian. Maklumlah sudah hampir 3 tahun saya bersekolah di Pontian, saya tidak pernah tahu ada tempat menarik seperti itu di Pontian.

    ReplyDelete
  47. Wah! blog yang sangat menarik.Kini saya lebih mengetahui keindahan yang terdapat di Pontian.Terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete
  48. Saya sangat suka akan penulisan anda!Sangat terperinci.Tidak sangka Pontian juga ada tempat yang menarik.

    ReplyDelete
  49. Wah, terima kasih, Zarul! Kini saya sudah banyak tempat yang amat menyeronokkan untuk saya lawati di Pontian. Maklumlah sudah hampir 3 tahun saya bersekolah di Pontian, saya tidak pernah tahu ada tempat menarik seperti itu di Pontian.

    ReplyDelete
  50. Wah! Terima kasih saudara kerana perkongsiaan saudara membuka mata saya yang Pontian juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  51. Perkongsian yang menarik dan juga terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman travelog Ini

    ReplyDelete