Saturday, April 3, 2021

IS ENGLISH CONSIDER AS THE UNIVERSAL LANGUAGE?

 NAME: ZARUL MUKRIZ BIN AHMAD

CLASS: 4OXFORD

___________________________________________________________________________________

           What do you think about English? Is it English is universal language or just language that had been used for a certain people. For me, I'm agree with the question that say English is the universal language. But first let take a look about the history of English language. English is a West Germanic language that originated from Anglo-Frisian dialects brought to Britain in the mid 5th to 7th centuries AD by Anglo-Saxon migrants from what is now northwest Germany, southern Denmark and the Netherlands. With this information, we can see that English has been use for a long time ago. So, in this blog, I want to share 3 point or information about our topic for today.





(THOUGHTS)


1. Travel

    If we went to the oversea ; Japan, Korean, Italy, Belgium or United States, we will speak English to the people there even though we know that their mother tounge is not English. Why? It is because we has confirm that English is known as Universal language. Get it?

2. Mother Tounge

     If we know that there are a lot of country has consider that English Language is their mother tounge or first language. With my some research, there are the total 67 that consider their mother tounge is English. What are the country? For example that is United States, Canada, United Kingdom, Jamaica, Bahamas and Guyana. What about Malaysia? Malaysia consider English Language as a second language after Bahasa Melayu. In school, we always study about grammar such as vocabulary, present tense and past tense and also need to score in English on exam.

3. Entertainment

     Lastly, let's take a look how English language is dominate in entertainment. Just a simple example, have you went to cinema to watch Malay movie. I guess yes, you have. When you are watching Malay movie, look at the subtitle, what language that they use to translate it. Is it English? Yes, of course. But, in Malaysia they also use Mandarin too in cinema as a subtitle. So with this point, we can see that how English language is considered as a universal language.

     The conclusion for my blog for today, if we know how to speak in English or have study in English, but don't forget about our mother tounge. As we know in Malaysia, we use Bahasa Melayu as a first language or our mother tounge. Just want to know how great are your mother tounge is? I think for me my mother tounge is very well but English language, is not very good but I will practice it more and study more hard.





(FEELINGS)


         I think that all people around this world need to know to speak English Language. Its's really important to everyone because in this world, we use English as our language speaking if we want to ask and tell the people from another country.

          Beside that, I'm also really happy because I was born with people that really supportive. My family, friends and also teacher will always help me to learn English Language as a my secondary language after Bahasa Melayu.


 (IDEAS)


  1. English will be used if we want to speak with people from another country like Korean, Japanese and Chinese.
  2. You can get better job and salary if you can speak in English fluently.
  3. It can help you get into great schools or study in good university.




 


Tuesday, May 12, 2020

PENGALAMAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA DI PONTIAN


    
    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang sedang membaca Blog pertama daripada saya ini. Dalam kehidupan kita pada hari ini, setiap manusia pasti menyimpan hasrat untuk melancong ke beberapa tempat yang menjadi idaman. Banyak tempat yang menjanjikan keindahan yang begitu cantik dan indah di dunia ini. Malangnya, kebanyakkan tempat tersebut memerlukan wang yang banyak kerana memerlukan kita untuk menaiki kapal terbang, tempat penginapan yang mewah serta hidangan yang boleh membuatkan kita keluar dengan membawa dompet yang kosong. Tetapi itu hanyalah nafsu semata-mata.


        Tetapi jika anda seorang yang berjimat-cermat, pasti anda akan memilih "budget travel". Ini akan lebih memudahkan anda kerana tidak perlu membawa wang yang banyak dan dapat menyimpan saki baki duit itu untuk digunakan untuk tujuan yang lain. Percutian di Malaysia juga amat digalakkan. Ini kerana kita dapat meningkatkan lagi ekonomi di Malaysia dan dapat menarik lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia.


        Pada bulan Desember yang lalu iaitu pada tarikh 9 Disember 2019, saya dan beberapa rakan yang lain telah melancong ke beberapa tempat yang menarik di daerah kelahiran saya sendiri iaitu Pontian, Johor.           








  7 Disember 2019

   Dalam melakukan sesuatu tindakan, kita mesti melakukan perancangan yang rapi. Jika perancangan yang kita itu rapi, pasti perjalanan kita akan berjalan dengan lancar. 

       Pada tarikh tersebut, kami mula melakukan perancangan dahulu untuk memilih tempat yang mana telah berjaya menarik perhatian kami. Kami mahu destinasi yang tidak jauh daripada kediaman kami. Jadi tanpa membuang masa, kami semua pun bersetuju memilih Tepi Laut, Pontian atau lebih dikenali sebagai "Seaside". Kawasannya agak strategik kerana terdapat masjid yang berdekatan, pelbagai makanan dan minuman serta keindahan matahati terbenam.


  9 Disember 2019   (3.00 Petang)
          
        Tibalah hari yang dinanti-nantikan            oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Tarikh ini merupakan tarikh dimana kami dapat bertemu dan berkumpul semula setelah hampir setahun tidak berjumpa. Pada jam 3.00 p.m, saya telah menempah dahulu grab untuk datang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bungi dan terus ke Dewan Jubli Intan, Pontian yang berdekatan dengan "Seaside". 

       Setelah saya bersiap, saya pun terus pergi ke tempat dimana kami mahu berkumpul dahulu sebelum Grab tiba untuk mengambil kami. Kami berbual dahulu dan menceritakan pelbagai pengalaman di sekolah baharu.








                                                     Harga tambang menaiki Grab.


                                                  Keadaan di "Seaside" semasa petang.




  (4.00 Petang)

         Setelah hampir setengah jam kami berbual, Grab pun datang untuk mengambil kami. Ketika dalam perjalanan, pemandu Grab itu melayan kami dengan baik dan ramah. Dia banyak bertanyakan kami soalan. 
  





                                 


    (4.15 Petang) 

        Kami pun tiba di Dewan Jubli Intan, Pontian yang berhadapan dengan "Seaside". Saya pun membayar harga tambang yang berjumlah RM14.00. Selepas itu, kami terus menuju ke lokasi pertama kami iaitu Laman Diraja Pontian. Kawasan itu sangat menarik kerana menjanjikan pemandangan yang menenangkan. Saya amat menggalakkan untuk anda datamg ke sini. 




           Untuk pengetahuan anda, Laman Diraja ini telah dirasmikan pada hari Selasa, 7 April 2015 bersamaan dengan 17 Jamadil Akhir 1436H. Laman diraja yang berkeluasan 50, 000 kaki persegi ini sangat menarik pada waktu malam kerana mahkota tersebut dapat dihiasi dengan cahaya yang sangat indah. Selain itu, Laman Diraja ini juga boleh digunakan untuk aktiviti riadah dan majlis kemasyarakatan. 














                                   





  (6.00 Petang) 

             Setelah kami penat mengambil gambar di Laman Diraja tersebut, tanpa kami membuang masa, kami terus bergerak ke Masjid untuk menunaikan Solat Fardu Asar. Walaupun kita melancong, tetapi jangan lupa menunaikan solat kerana solat merupakan perkara wajib yang perlu kita lakukan dahulu. Kawasan di luar masjid sangat indah kerana dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan kolam ikan yang sangat menenangkan. 




         Reka bentuk Masjid Jamek Pontian tersebut sangat klasik dan lama. Ini sangat menarik kerana jarang untuk kita melihat masjid yang masih mengekalkan adat melayu dan dijaga dengan rapi. Seperti yang lama dikelek, yang baharu didukung. Selepas selesai menunaikan Solat Asar, kami rehat dahulu di masjid sehingga menunggu waktu maghrib. Selesai Solat Maghrib secara berjemaah, kami pun terus bergerak ke destinasi yang setetusnya. 














                                         



     (8.00 Malam) 

      Setelah kami keluar daripada kawasan masjid, kami terus bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Pasar Lambak. Kami melalui kawasan di sepanjang laluan joging yang berada di Padang Pontian. Dari situ kami dapat melihat keindahan malam di sekitar "Seaside" dengan dihiasi beratus lampu yang terdapat disekitar bangunan, air pancut dan pokok-pokok di sekitarnya. 

      Kami sempat mengambil gambar yang sangat menarik. 













    (8.30 Malam) 

      Lokasi terakhir kami adalah di Pasar Lambak. Tempat ini sangat popular dikalangan penduduk di Pontian kerana di sini, terdapat banyak makanan dan minuman yang sangat lazat dan menyelerakan dijual disini. Contohnya murtabak, apam balik, ayam percik, mi goreng  dan kuih muih. 




           Selain itu, terdapat juga jualan keperluam harian seperti baju, seluar, dompet, stokin, selipar, kasut dan mainan untuk kanak-kanak. Pasar lambak ini dibuka pada setiap hari Isnin dan Jumaat dari petang hingga ke malam






     
        Jika anda datang disini, pasti ada barang dan makanan yang akan dibawa balik ke rumah. 







                                     

_________________________________________________________________________________

          Berdasarkan perjalanan yang saya telah buat ini, kita dapat melihat betapa besarnya usaha pihak kerajaan untuk memastikan sesuatu tempat tersebut dijaga dan untuk memastikan semakin ramai lagi pelancong datang ke Malaysia. Ini akan membuatkan lagi ekonomi di Malaysia semakin meningkat. Kita pula sebagai rakyat Malaysia perlulah memastikan kita kebersihan sesuatu tempat itu dijaga daripada sampah-sarap. Jika amalan ini dapat dipraktikkan daripada awal lagi, pasti amalan membuang sampah di luar tong sampah dapat dibendung. 

           Apakah yang boleh kita lakukan untuk melestarikan dan mengekalkan lagi budaya dan adat yang terdapat di Malaysia? Dengan cara tidak melupakan budaya dan adat tersebut serta menghormati budaya serta adat daripada bangsa yang lain. Seperti yang boleh kita lihat, di Masjid Jamek Pontian, mereka masih mengekalkan reka bentuk masjid tersebut dari dahulu lagi dan hanya menambahkan beberapa kemudahan seperti tandas dan pejabat yang lebih selesa. 

           Adakah masyarakat kita pada zaman ini semakin melupakan makanan-makanan tradisional kita ataupun mereka lebih meminati makanan-makanan yang dijual di negara-negara yang maju seperti Jepun, Korea Selatan dan negara-negara di Eropah? Jawapannya tidak sama sekali. Mungkin contoh yang boleh kita lihat ramai orang yang berpusu-pusu masuk ke Pasar Lambak untuk membeli makanan-makanan yang kebanyakkannya daripada bangsa Melayu sendiri. 


          Kesimpulan daripada blog yang saya tulis ini ialah walaupun negara yang jauh lebih maju berbanding Malaysia yang kita lebih menarik untuk melancong ke sana, tetapi saya lebih menggalakkan anda untuk melawat dan melancong di tempat-tempat yang menarik di Malaysia sebelum melancong ke luar negara. Ini dapat membantu negara kita untuk meningkatkan lagi ekonomi dan terus menjadi negara yang maju. Kata orang hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri.  Sekian, terima kasih!