Tetapi jika anda seorang yang berjimat-cermat, pasti anda akan memilih "budget travel". Ini akan lebih memudahkan anda kerana tidak perlu membawa wang yang banyak dan dapat menyimpan saki baki duit itu untuk digunakan untuk tujuan yang lain. Percutian di Malaysia juga amat digalakkan. Ini kerana kita dapat meningkatkan lagi ekonomi di Malaysia dan dapat menarik lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia.
Pada bulan Desember yang lalu iaitu pada tarikh 9 Disember 2019, saya dan beberapa rakan yang lain telah melancong ke beberapa tempat yang menarik di daerah kelahiran saya sendiri iaitu Pontian, Johor.
Dalam melakukan sesuatu tindakan, kita mesti melakukan perancangan yang rapi. Jika perancangan yang kita itu rapi, pasti perjalanan kita akan berjalan dengan lancar.
Pada tarikh tersebut, kami mula melakukan perancangan dahulu untuk memilih tempat yang mana telah berjaya menarik perhatian kami. Kami mahu destinasi yang tidak jauh daripada kediaman kami. Jadi tanpa membuang masa, kami semua pun bersetuju memilih Tepi Laut, Pontian atau lebih dikenali sebagai "Seaside". Kawasannya agak strategik kerana terdapat masjid yang berdekatan, pelbagai makanan dan minuman serta keindahan matahati terbenam.
9 Disember 2019 (3.00 Petang)
Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Tarikh ini merupakan tarikh dimana kami dapat bertemu dan berkumpul semula setelah hampir setahun tidak berjumpa. Pada jam 3.00 p.m, saya telah menempah dahulu grab untuk datang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bungi dan terus ke Dewan Jubli Intan, Pontian yang berdekatan dengan "Seaside".
Setelah saya bersiap, saya pun terus pergi ke tempat dimana kami mahu berkumpul dahulu sebelum Grab tiba untuk mengambil kami. Kami berbual dahulu dan menceritakan pelbagai pengalaman di sekolah baharu.
(4.00 Petang)
Setelah hampir setengah jam kami berbual, Grab pun datang untuk mengambil kami. Ketika dalam perjalanan, pemandu Grab itu melayan kami dengan baik dan ramah. Dia banyak bertanyakan kami soalan.
(4.15 Petang)
Kami pun tiba di Dewan Jubli Intan, Pontian yang berhadapan dengan "Seaside". Saya pun membayar harga tambang yang berjumlah RM14.00. Selepas itu, kami terus menuju ke lokasi pertama kami iaitu Laman Diraja Pontian. Kawasan itu sangat menarik kerana menjanjikan pemandangan yang menenangkan. Saya amat menggalakkan untuk anda datamg ke sini.
Untuk pengetahuan anda, Laman Diraja ini telah dirasmikan pada hari Selasa, 7 April 2015 bersamaan dengan 17 Jamadil Akhir 1436H. Laman diraja yang berkeluasan 50, 000 kaki persegi ini sangat menarik pada waktu malam kerana mahkota tersebut dapat dihiasi dengan cahaya yang sangat indah. Selain itu, Laman Diraja ini juga boleh digunakan untuk aktiviti riadah dan majlis kemasyarakatan.
(6.00 Petang)
Setelah kami penat mengambil gambar di Laman Diraja tersebut, tanpa kami membuang masa, kami terus bergerak ke Masjid untuk menunaikan Solat Fardu Asar. Walaupun kita melancong, tetapi jangan lupa menunaikan solat kerana solat merupakan perkara wajib yang perlu kita lakukan dahulu. Kawasan di luar masjid sangat indah kerana dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan kolam ikan yang sangat menenangkan.
Reka bentuk Masjid Jamek Pontian tersebut sangat klasik dan lama. Ini sangat menarik kerana jarang untuk kita melihat masjid yang masih mengekalkan adat melayu dan dijaga dengan rapi. Seperti yang lama dikelek, yang baharu didukung. Selepas selesai menunaikan Solat Asar, kami rehat dahulu di masjid sehingga menunggu waktu maghrib. Selesai Solat Maghrib secara berjemaah, kami pun terus bergerak ke destinasi yang setetusnya.
(8.00 Malam)
Setelah kami keluar daripada kawasan masjid, kami terus bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Pasar Lambak. Kami melalui kawasan di sepanjang laluan joging yang berada di Padang Pontian. Dari situ kami dapat melihat keindahan malam di sekitar "Seaside" dengan dihiasi beratus lampu yang terdapat disekitar bangunan, air pancut dan pokok-pokok di sekitarnya.
Kami sempat mengambil gambar yang sangat menarik.
(8.30 Malam)
Lokasi terakhir kami adalah di Pasar Lambak. Tempat ini sangat popular dikalangan penduduk di Pontian kerana di sini, terdapat banyak makanan dan minuman yang sangat lazat dan menyelerakan dijual disini. Contohnya murtabak, apam balik, ayam percik, mi goreng dan kuih muih.
Selain itu, terdapat juga jualan keperluam harian seperti baju, seluar, dompet, stokin, selipar, kasut dan mainan untuk kanak-kanak. Pasar lambak ini dibuka pada setiap hari Isnin dan Jumaat dari petang hingga ke malam.
Jika anda datang disini, pasti ada barang dan makanan yang akan dibawa balik ke rumah.
_________________________________________________________________________________
Berdasarkan perjalanan yang saya telah buat ini, kita dapat melihat betapa besarnya usaha pihak kerajaan untuk memastikan sesuatu tempat tersebut dijaga dan untuk memastikan semakin ramai lagi pelancong datang ke Malaysia. Ini akan membuatkan lagi ekonomi di Malaysia semakin meningkat. Kita pula sebagai rakyat Malaysia perlulah memastikan kita kebersihan sesuatu tempat itu dijaga daripada sampah-sarap. Jika amalan ini dapat dipraktikkan daripada awal lagi, pasti amalan membuang sampah di luar tong sampah dapat dibendung.
Apakah yang boleh kita lakukan untuk melestarikan dan mengekalkan lagi budaya dan adat yang terdapat di Malaysia? Dengan cara tidak melupakan budaya dan adat tersebut serta menghormati budaya serta adat daripada bangsa yang lain. Seperti yang boleh kita lihat, di Masjid Jamek Pontian, mereka masih mengekalkan reka bentuk masjid tersebut dari dahulu lagi dan hanya menambahkan beberapa kemudahan seperti tandas dan pejabat yang lebih selesa.
Adakah masyarakat kita pada zaman ini semakin melupakan makanan-makanan tradisional kita ataupun mereka lebih meminati makanan-makanan yang dijual di negara-negara yang maju seperti Jepun, Korea Selatan dan negara-negara di Eropah? Jawapannya tidak sama sekali. Mungkin contoh yang boleh kita lihat ramai orang yang berpusu-pusu masuk ke Pasar Lambak untuk membeli makanan-makanan yang kebanyakkannya daripada bangsa Melayu sendiri.
Kesimpulan daripada blog yang saya tulis ini ialah walaupun negara yang jauh lebih maju berbanding Malaysia yang kita lebih menarik untuk melancong ke sana, tetapi saya lebih menggalakkan anda untuk melawat dan melancong di tempat-tempat yang menarik di Malaysia sebelum melancong ke luar negara. Ini dapat membantu negara kita untuk meningkatkan lagi ekonomi dan terus menjadi negara yang maju. Kata orang hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri. Sekian, terima kasih!






























